Rakan-rakan di sekitar Lembah Klang,
Tentu anda semua banyak minum air pada setiap hari. Dari buka mata di sebelah pagi hinggalah waktu hendak masuk kamar untuk tidur. Jarang sekali kita mendengar ada orang yang tidak suka minum air.
Tahukah anda samada air yang anda gunakan setiap hari itu bersih? Di pasaran banyak sekali air yang dibotolkan dan dijual untuk umum. Berapa banyak kos yang anda habiskan pada setiap bulan untuk tujuan pembelian air yang sedia untuk diminum? Tentu banyak bukan?
Sekarang dengan adanya AireMist Water Dispenser, mesin ini dapat menjimatkan banyak masa dan ruang penyimpanan dan yang paling penting adalah ianya selamat, bersih dan terkawal kadar PHnya.
Inilah satu-satunya mesin yang bakal berada di setiap premis di Malaysia dan tidak mungkin dapat dibeli dan didapati di pasaran terbuka. Terhad kepada penjual yang sah sahaja.
Anda tidak perlu membeli mesin ini. Hanya dengan menyewa sahaja, anda mungkin dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk air selama ini.
Secara ringkasnya, mesin ini menghasilkan air dari udara di sekeliling kita yang akan melalui beberapa peringkat proses yang akhirnya menghasilkan air yang cukup bersih.
Anda tidak perlu risau lagi untuk memesan tong-tong air yang agak berat dan tidak pasti terjamin kebersihannya dari segi air yang diisi semula dan juga bekas tong-tong yang digunakan semula.
Mesin ini sangat sesuai untuk digunakan di pejabat-pejabat yang mempunyai ramai kakitangan dan juga di rumah-rumah untuk kegunaan sekeluarga. Samada anda memerlukan air sejuk atau air panas, mesin ini dengan cepat dapat menghasilkan air mengikut citarasa anda.
Kaedah menyewaan adalah seperti berikut:
Kaedah: Aire
Satu unit pada satu lokasi: 2 bulan deposit dan 1 bulan kadar sewa
Kadar sewa: RM160.00 setiap unit
Kaedah: Mist
Lebih dari satu unit pada satu lokasi: 2 bulan deposit dan 1 bulan kadar sewa setiap unit
Kadar sewa: RM150.00 setiap unit
Pegawai penyelia akan mengunjungi premis anda pada setiap 45 hari untuk tujuan penyelenggaran berkala.
Untuk pertanyaan lanjut dan demonstrasi, kami dapat di hubungi melalui:
En. Rahim 012-622 3949
Atau melalui email, hakimhazrylea@live.com.my dengan tajuk: AIREMIST
Anda akan dihubungi semula dengan kadar segera.
Jagalah kesihatan anda kerana ianya punca kesejahteraan hidup anda sekeluarga !.
Sekian. Jumpa lagi.
Sunday, March 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment